Monday, October 6, 2008

Empat Beradik


Inilah keempat-empat anak saya yang saya sayang. Saya pernah terdengar tuan saya berkata "Sayu ja bila tengok gambar anak kucin yang ilang tu. Rindu la pulak!".. Saya tau tuan saya amat sayang pada kami, tapi apakan daya, saya sendiri sudah tidak tahu bagaimana dan dimana mahu mencari anak-anak saya. Yang ada hanya lah kenangan ....

Moone


em.. Pemalu suka menyendiri, makan pun memilih.. macam anak tuan saya yang sulung, sama macam yang lain jugak, anak tuan saya yang sulung sayang pada Moone. Susah sungguh nak cari gambar anak saya yang ni. masa nak upload ni bru saya perasan tiada gambar si Moone yang bersendirian kecuali yang ni. Anak saya yang ni istimewa kerana mempunyai 3 warna berlainan. Gambar ni masa Moone masih kecil.

Meey


Kami sama warna. Karakter pun lebih kurang sama. Suka memanjat, lincah, aktif, cergas... Antara keempat-empat yang ada, Meey yang paling lincah bermain. Disebabkan hal ini, tuan saya terpaksa memasang jaring pada grill rumah. Menantu tuan saya paling sayang pada anak saya yang ini. karakter pun sama dengan menantu tuan saya huhu ....

qMart



Tengok gambaq tu pun dah tau karakter dia.. suka makan, kuat tidoq macam anak tuan saya yang bongsu nama Kemat... Kemat paling sayang anak saya qMart.. anak saya qMart yang pertama makan makanan kucing dan susu instant Nespray. qMart yang paling pandai makan dan suka makan ikan rebus yang digaul dengan biskut cream cracker (4segi) yang di beri oleh mak mertua tuan saya. Unik tak?

Erie


Anak saya yang paling kecik.. tengok kuku dia... kuku nampak macam ganas tapi penakut tuuu.. so, Dont judge a book by its cover.. hihi .... gambar ni masa umur dia lebih kurang sebulan setengah. bulat tak? Dalam gambar yang ni tak la gemuk macam masa beberapa hari keempat-empat anak saya hilang.

KooCing!


Salam ... (KooCing bagi salam.. aheks!) ... Saya dari hutan.. asal usul ku tak dapat di kesan, sedar ja dah ada dlm utan... lepas tu, ada satu keluarga baru pindah berhampiran kawasan utan yang saya diami. Mereka sangat baik hati. Mereka memberi saya makanan walaupun pada mulanya saya sangat takut... saya melarikan diri pada kali pertama mereka memberi makan kepada saya. Namun, lama kelamaan saya sudah tidak takut lagi kepada mereka kerana saya tahu mereka orang baik2.. hihihi ..


Di pendekkan cerita, saya pernah mempunyai 4 ekor anak yang sangat comel dan disayangi oleh keluarga tersebut. Anak2 saya juga sangat jinak dengan keluarga tuan saya. Tiap petang mereka akan bermain dengan tuan saya di belakang rumah atau di beranda rumah. Tapi sayang nya pada suatu hari, anak2 saya hilang tanpa kesan. Sehingga hari ini, saya tidak tahu kemana anak2 saya menghilangkan diri. Tinggal lah kini saya dan keluarga tuan saya.


Saya sangat gembira tinggal di sini dan bersyukur kerana ada yang baik hati menjaga saya. Saya agak memilih dalam soal pemakanan. Saya hanya makan ikan kembong rebus. Katakan 'tidak' pada ikan mentah dan makanan kucing lain.