Monday, October 6, 2008

KooCing!


Salam ... (KooCing bagi salam.. aheks!) ... Saya dari hutan.. asal usul ku tak dapat di kesan, sedar ja dah ada dlm utan... lepas tu, ada satu keluarga baru pindah berhampiran kawasan utan yang saya diami. Mereka sangat baik hati. Mereka memberi saya makanan walaupun pada mulanya saya sangat takut... saya melarikan diri pada kali pertama mereka memberi makan kepada saya. Namun, lama kelamaan saya sudah tidak takut lagi kepada mereka kerana saya tahu mereka orang baik2.. hihihi ..


Di pendekkan cerita, saya pernah mempunyai 4 ekor anak yang sangat comel dan disayangi oleh keluarga tersebut. Anak2 saya juga sangat jinak dengan keluarga tuan saya. Tiap petang mereka akan bermain dengan tuan saya di belakang rumah atau di beranda rumah. Tapi sayang nya pada suatu hari, anak2 saya hilang tanpa kesan. Sehingga hari ini, saya tidak tahu kemana anak2 saya menghilangkan diri. Tinggal lah kini saya dan keluarga tuan saya.


Saya sangat gembira tinggal di sini dan bersyukur kerana ada yang baik hati menjaga saya. Saya agak memilih dalam soal pemakanan. Saya hanya makan ikan kembong rebus. Katakan 'tidak' pada ikan mentah dan makanan kucing lain.

No comments: